Monday, August 11, 2014

Impian. Harapan. Cita-cita. Perjuangan.

Alhamdulillah. Syukur Ya Allah..Detik ini, saati ini aku masih menghela nafas memujiMu. Wahai Zat Yang Maha Agung, aku bersyukur kerana diberi kesempatan untuk terus hidup beribadah kepadaMu sedang waktu berdetik bagai angin lalu dan aku kini sudah berganjak ke usia 20 tahun. Terlampau banyak nikmat dan rahmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku sedangkan aku pernah lupa, leka dan lalai tentang matlamat dan perjuangan yang utama sebagai khalifahMu di muka bumi..Namun, Engkau tetap memandangku dengan pandangan RahmatMu. Ya Allah..Ampuni aku... 

Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Razzaq...

Esok, 12/8/2014.. Penantianku, impianku dan matlamatku selama 20 tahun bakal terungkai. Aku pernah gagal, rasa itu cukup memilukan 4 tahun lepas. Namun, aku telah mencipta impian dan matlamat yang cukup tinggi bila mana aku menjadi salah seorang calon STPM 2012/2013. Aku yakin dengan ketentuanNya. Usaha, doa dan tawakkal.. Mohon doa kalian...

pstt: Tak nervous pun..haish di manakah perasaan itu??? 9.56pm

No comments:

Post a Comment