Sunday, June 15, 2014

Pra Universiti 2012/2013

Form 6? NOOOOOOOOO! 

Tanggapan pertama bila TERpaksa sambung belajar dekat sekolah lama, sekolah sama, situasi dan keadaan persekitaran yang sama. TERpaksa. YES! TERpaksa. What? Kena pakai uniform sekolah...? Grrrrr. Tak pernah terlintas pun dalam benak fikiran untuk sambung belajar form 6. Or else, menjadi salah seorang pelajar Pra Universiti. Hmmm.. Sesuatu yang sangat sukar untuk ditelan. 

Percaya atau tidak, itulah yang dinamakan kehidupan. Kadang-kadang, apa yang kita tidak pernah impikan tercatat di Luth Mahfuz. Kita merancang, tetapi hanya Dia, Allah swt Yang Maha Mengetahui sebaik-baik perancang. Yakinlah dengan aturanNya. Positif. Jujur, sepanjang aku menjadi pelajar, tidak pernah terlintas di dalam fikiran untuk aku belajar form 6. Pelbagai macam versi cerita mengenai form 6 yang aku dengar sehinggakan ekspresi dan tanggapan aku terhadap pelajar form 6 sangat teruk. Hmmm, yang penting dulu aku meletakkan persepsi negatif tentang form 6 ni. Betul lah orang dulu-dulu kata, "tak kenal maka tak cinta". Tak kenal, maka tak tahu. 



Sambung belajar form 6 sesuatu yang sangat pahit untuk aku hadapi. Kenapa? Aku tidak pernah meletakkan matlamat untuk sambung form 6, yang aku tahu, dolu-dolu aku memang block terus dunia form 6 ni dengan harapan memang tak nak masuk form 6 langsung! Yeah! TAK NAK, TAK MAHU, TAK KAN. Fuhhh, perfecto. Tapi, siapa aku untuk menafikan hakikat yang telah diatur oleh Tuhan Yang Maha Satu. Aku harus menerima, akur dengan setiap aturanNya. Ya, sehinggakan aku hampir lupa tentang diriku sendiri saat aku menyedari yang aku sudah tidak mempunyai pilihan. Aku tewas. Tewas dengan emosi dan perasaan sendiri, sehinggakan sampai satu tahap aku merasakan yang selama ini aku belajar hanya sia-sia. Walaupun keputusan SPM aku tak lah teruk, masih boleh dibanggakan. Allahu Rabbi. Ampuni aku... Sedangkan menuntut ilmu adalah satu jihad. Menuntut ilmu kerana Allah swt. 

Namun, aku harus berpijak di atas bumi yang nyata. Aku harus membuka ruang untuk diriku sendiri. Entah mengapa, aku merasakan semangat yang berkobar-kobar entah datang dari mana. Haishh, nak cakap menangis dah kering air mata. Bayangkan sesuatu yang kita tak pernah expect akan berlaku, telah berlaku. Tapi aku tahu, Allah swt sedang menguji aku. Akur dengan ketentuanNya. Tapi, aku bersyukur, sebab form 6 sekarang dah tukar format bak hangg.. Sekarang dah ikut sem. STPM Sem1, Sem 2 dan Sem 3. At first, masih blur-blur sikit ape ke benda sem-sem ni, dah la tak de mood nak belajar, dah kena jadi first batch yang ditukar format. Hmmm... Tapi kira okey la, if pointer rendah, boleh repeat paper macam universiti, ye la Pra Universiti katakan. Tapi, nak repeat pun atas rezeki jugak, repeat bukan benda yang mudah. Harus banyak usaha, doa dan selebihnya tawakkal. Semuanya terpulang atas kehendak diri sendiri dan rezeki daripadaNya. Okey, enough pasal STPM ni. Back to our story, cewahhh...

Setelah menempuh hari-hari yang begitu sukar, akhirnya aku terpaksa melangkah masuk menjadi salah seorang pelajar Pra Universiti. Kali ni, semangat aku semakin memuncak, pesan pada hati agar diberi kekuatan menghadapi dugaanNya. Aku terus menanam azam yang andai aku melangkah masuk melalui pintu pagar sekolah ini, aku takkan berpaling ke belakang. Aku akan terus berjuang! Namun, aku masih diuji olehNya, aku mendapat tawaran untuk sambung belajar di UiTM dan UPSI, yes..Second intake, diploma. Fikir, fikir dan terus fikir sebab aku tak minat form 6. Like seriously, tak minat! Aku pun dah tawar hati, then ingat balik azam aku. Yes, aku tolak. Hari tu kemain menyombong tak bagi chance kat aku nak sambung belajar. Now, aku tolak mentah-mentah. 

Tapi, jujur.. Aku sangat-sangat bersyukur atas ujian yang diberikan. Sekarang, cukup jelas Allah swt huraikan hikmahnya kepada ku. Allahu Rabbi. Benar, kita mahukan sesuatu yang kita sangka baik untuk kita, tapi sebenarnya ada yang lebih baik untuk kita. Dia, Dia Yang Maha Mengetahui segala isi di langit dan di bumi, sedangkan kita pendosa tanpa noktah. Bukan soal form 6 yang hendak aku tekankan di sini, tapi UJIANNYA. Kalian percayalah, Allah swt tidak akan menguji hamba-hambaNya yang tidak mampu memikul ujian dan dugaanNya. Hanya hamba-hambaNya yang tabah yang mampu memikulnya. Ya, kalian benar-benar tabah. Bersyukurlah. Bersyukurlah kerana masih diuji, Allah swt masih sayangkan kalian. Tahniah dan syabas buat semua yang berjaya menangani dugaanNya. Kalian memang juara. Allahuakbar!!!

Pesan buat adik-adik bakal pelajar STPM, STPM tidaklah seteruk yang disangka. STPM tak susah, TAK! Percayalah SPM lagi susah. Andai diri pernah gagal diperingkat SPM, bangkitlah! Kalian masih mempunyai peluang yang terbentang luas di hadapan. Sering aku ingatkan kepada diriku sendiri, kita tidak pernah gagal, kita sememangnya juara sejak kita di dalam kandungan ibu. Cuma yang membezakannya adalah rezeki setiap insan. Tetapi, Allah swt Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, setiap hambaNya mempunyai rezeki yang berbeza-beza. Mungkin bukan sekarang, tapi rezeki tetap ada. Sekarang, aku mampu menarik nafas lega atas nikmatNya. Bukalah minda, hati dan mata kalian, berikan satu peluang untuk diri sendiri. Belajar menerima hakikat, kerana disetiap kepahitan pasti ada kemanisan. Ujian dan dugaan banyak mentarbiah diri kita agar memperbaiki akhlak dan sahsiah diri dalam menuju kehidupan akhirat. Jika ingin hidup bahagia di akhirat kelak, bangkitlah dari lenamu. Sesuatu yang berlaku menyimpan seribu satu hikmah. Percaya, yakin dengan Qada' dan Qadarnya. Hanya DIA yang Maha Mengetahui. Allahuakbar.

pssst: Mohon maaf andai terlebih bicara sehingga timbul perasaan membangga diri, namun hanya sekadar perkongsian diri tiada niat sebegitu. Yang baik dijadikan teladan, yang buruk...Nauzubillah, buang jauh-jauh. Salam saudara daripada hamba pendosa tanpa noktah.


No comments:

Post a Comment