Tuesday, June 17, 2014

Pengalaman Temuduga USM- Sastera dengan Pendidikan


Bismillahirahmanirrahim... 

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Segala puji bagi Allah SWT. Alhamdulillah, dipanggil sebagai salah seorang calon temuduga Universiti Sains Malaysia untuk kos Sastera dengan Pendidikan. Syukur atas rezeki yang diberi.. 




Alhamdulillah, tak sangka dapat kos ni sebab at first, terasa agak malas untuk isi kos USM. FYI, USM kena beli no.pin lain, berbeza dengan universiti lain. Maklumlah, mungkin USM universiti APEX. Masa nak isi USM dulu, tak jumpa kaunselor dekat sekolah pun. Terus pergi jumpa cikgu-cikgu Pra-U dekat sekolah. Cikgu-cikgu dekat sekolah semuanya hebat-hebat belaka, ada pengalaman sendiri. Jadi, aku ambil keputusan untuk terus jumpa cikgu tanya pasal kos-kos dekat universiti. Mula-mula rasa sangat blurr nak pilih kos mana, sebab tak tahu langsung apa-apa mengenai kos itu ini. Alhamdulillah, semua cikgu tak lokek nak kongsi pengalaman mereka. 

Jujur, fikiran masa tu tak tentu hala, serabut memikirkan masa depan. Jadi, masa tu buat-buat tak kisah je nak isi kos apa untuk USM. So, nasib baik ada cikgu yang bermurah hati nak tolong. Bila dah dengar penjelasan cikgu, pandangan peribadi mereka.. Cikgu bagitahu satu persatu tentang kos yang patut aku ambil dekat USM ni. Sejujurnya, boleh puji dengan kehebatan cikgu sejarah aku ni. Ya Allah, aku bersyukur dapat menimba ilmu dengan cikgu sehebat ini. Moga Allah swt murahkan rezeki cikgu-cikgu aku. Aamin. Mungkin waktu tu aku mengambil mudah soal USM, aku lebih pentingkan nak isi kos untuk UPU. Jadi,  cikgu sejarah yang aturkan satu per satu kos yang patut aku ambil. Sastera dengan Pendidikan pilihan pertama untuk USM. Alhamdulillah, aku dapat tawaran untuk menghadiri temuduga. *punya la panjang huraian nak link kan dengan dapat tawaran ni.heh. ;)



Sebenarnya, banyak benda yang aku prepare untuk interview ni. First time experience la katakan. Perasaan bercampur baur. Mana nak practise speaking lagi. Kos sastera dengan pendidikan ni luas. Bagi calon STPM, sastera merangkumi subjek Bahasa Melayu, Sejarah, Geografi etc. Jadi, aku bukak buku balik macam nak exam STPM balik. Baca, baca dan baca balik subjek tersebut. Tapi just baca sub topik je, senang nanti kalau penemu duga nak tanya apa-apa, boleh la buat persediaan awal. Selain tu, aku baca la jugak pasal Falsafah Pendidikan dan semua yang berkaitan dengan kos ni. Apa yang penting, kena selalu peka dengan persekitaran, apa yang berlaku dekat negara kita and of course apa yang terjadi dekat luar negara. Banyakkan baca surat khabar dan tengok berita. If, terasa malas nak bertindak sedemikian, just search dekat google. Haaa, kan senang kerja.. Oh, yang pasti, harus baca sedikit info pasal USM ni.

Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya menjelma juga. Temuduga awal pagi, pukul 8.30 dekat USM cawangan Kubang Kerian. Bangun awal pagi, sepanjang perjalanan baca " Robbi Yassir wa la tu'assir robbi tammim bikhoiri ya kareem" banyak-banyak tanpa henti. Bila rasa berdebar, tarik nafas dalam-dalam dan selawat ke atas nabi. In shaa Allah, yakin dengan ayat Allah. Yakin, Allah swt akan permudahkan segala urusan. 

Bila dah sampai USM Kubang Kerian, langkah dengan bacaan Bismillah, daftar diri. Tunggu, terus tunggu sampai urusetia panggil masuk dalam satu bilik untuk test macam ujian MedSi. Cuma jawab ya atau tidak. Senang. Then, bila dah siap, urusetia aturkan kedudukan kita. Aku dapat bilik no.1. Bila dah disusun, tunggu loceng berbunyi. Perasaan?? Tak payah cakap, semua bercampur baur, berdebar, gugup, hilang keyakinan diri, maklum lah, orang kat sebelah semua pointer tinggi. Tapi, mulut tak henti baca, " Robbi Yassir wa la tu'assir robbi tammim bikhoiri ya kareem". Aku cukup yakin dengan ayat ni. Bila orang first keluar dari bilik, mood semua orang mula berubah, sebab dia keluar then nangis-nangis, ya, bukan tangisan biasa. Aku? Mula hilang keyakinan, macam-macam tengah fikir apa yang penemu duga bakal menyoal aku. Tapi, Alhamdulillah, nak hilangkan perasaan takut tu, tegur-tegur orang kat sebelah. Semuanya sporting sangat-sangat. So, tak de la nervous sangat. Maybe, lama tunggu membuatkan aku hilang rasa. Tak berdebar sangat dah. :)

Bila dah turn aku, aku ketuk pintu.. Mungkin kurang persediaan atau otak lambat bertindak, aku sempat fikir bila masa nak bagi salam ni?? Jadi, mula-mula dah kena tegur, then keluar balik bagi salam. So, korang yang bakal ditemu duga, take note okay. Senyum. Senyum manis-manis dekat penemu duga. Serahkan fail dekat panel. Bilik aku tu ada 2 orang panel, 1 panel Lelaki bangsa Cina, sorang lagi panel wanita berbangsa Melayu. Lepas tu diorang suruh duduk, then duduk tegak-tegak. Maka bermulalah sesi temu duga. :) 

Soalan 1: Awak orang Kelantan? Asal Wakaf Che Yeh? Okay. Wakaf Che Yeh ni kebiasaannya ramai sewaktu musim perayaan sebab W.C.Y ni salah satu destinasi pelancongan. Jadi, bagi pendapat awak, perlu ke harga barangan dinaikkan sewaktu musim perayaan?

Soalan 2: Adakah wajar para peniaga meletakkan harga yang murah kepada pelancong?

Soalan 3: Hmm, macam mana awak boleh menyertai kuiz kimia peringkat kebangsaan? Kenapa awak dipilih. *Soalan ni tanya dalam BI, well panel tanya pasal SPM. Oh, sijil ni jugak dia tengok walhal sijil STPM berlambak dalam fail. 

Soalan 4: Cerita mengenai penglibatan dalam kegiatan kokurikulum sewaktu di sekolah. *kena speaking jugak

Soalan 5: Jika ada apa-apa yang awak nak bagitahu kami sebelum awak meninggalkan bilik ni, awak boleh bagitahu sekarang. 

Alhamdulillah, soalan senang-senang. Ingatkan kena demo mengajar. Tapi, syukurlah selesai dengan jayanya. Cewahhh, walaupun ada yang tergagap-gagap nak jawap, tengah tunggu idea datang. Hehe. Panel Cina ni suka provok jawapan kita. Bila time speaking, dia asyik gelak je. Seriously, aku pun jenis yang tak tahan nak gelak jugak, nasib baik boleh control. Nasib baik, semuanya dipermudahkan. Fuhhhh, lega dapat jawab dan selesai interview. Pengalaman pertama. Then, sebelum keluar senyum lagi, salam-salam dengan panel perempuan. Sebelum melangkah keluar, tarik nafas dan selawat. In shaa Allah, Allah swt bantu kita. 

Tak sabar nak tunggu keputusan nanti. Tapi, untuk first interview ni, tak berharap sangat dapat USM sebab first experience gugup-gagap lagi. Nervous tak boleh cakap la.. Tapi, apa-apa pun.. rezeki Allah SWT yang tentukan. DIA sebaik-baik perancang. :)

Moga pengalaman ini boleh membantu sedikit sebanyak adik-adik yang bakal ditemu duga nanti. Apa-apa pun, good luck. Percaya pada diri sendiri dan yang lebih penting, percaya pada Qada' dan Qadar Allah SWT. Apa yang baik, boleh dimanfaatkan, yang kurang tolak jauh-jauh. Selamat Maju Jaya. Selamat ditemu duga. Doa mengiringi. Wassalam.


Sunday, June 15, 2014

SL double E Q. SLEEQ

Alhamdulillah, detik ini, saat ini masih diberi kekuatan untuk jari jemari menari di keyboard. Alhamdulillah, nikmat daripada Allah swt. Terasa nak bercerita mengenai my all times favorite duo, SleeQ. Okay, first of all. Nah, tatapan cukup indah buat kalian. Hehe. 

SLEEQ! 




Eh, eh.. Zaman muda remaja dulu. Comel bak hanggg..


Ya Allah. Handsome and talented! Meltingggggggg..


So dashingggggg!!!!! *masuk peti sejuk 

Okay. Tarik nafas, hembus dalam-dalam. Tak perlu kot nak introduce SleeQ ni sebab rata- rata dah mula kenal bakat diorang. Start minat dekat SleeQ ni masa kau form 3. Yes, masih segar di ingatan, waktu tu nak pergi ambik result PMR dekat sekolah. Before that, dengar lagu Untuk Dia, Sembunyi. 2009, now dah 2014. 5 tahun lebih! Wow! Setia nyaaaaa... Terlalu obses dengan muzik mereka, sebab bagi aku, SleeQ mempunyai identiti mereka sendiri. Ya, bila dengar lagu SleeQ, irama dan muzik digubah mengikut seni dan identiti mereka tersendiri. Jadi, tidak dapat dinafikan, semua SleeQmovement akan tahu which part yang menggambarkan, this is SleeQ's songs. 

Alhamdulillah, part of SleeQmovement, aku sangat bangga dengan pencapaian SleeQ. Nama mereka kian disebut, disanjung oleh rakyat Malaysia. Hasil karya muzik mereka jelas diterima ramai tidak kira umur, bangsa atau negara. Cewahhh.. Memang dulu hati aku pernah berbisik mengatakan bakat yang ditonjolkan oleh mereka mampu untuk bersaing dan berdiri utuh dalam industri muzik tanah air. Alhamdulillah, sangkaan ku tepat. Mereka boleh dikatakan berjaya menembusi pasaran Malaysia. Aku sangat kagum dengan SleeQ, mereka bermula dari bawah, namun kini mereka boleh merasai kepuasannya berkat usaha tanpa jemu dan segala penat lelah mereka tidak sia-sia. Jujur, aku tahu, perjalanan seni mereka pada mulanya agak sukar, namun Syarif dan Alyph berjaya melalui lorong kehidupan ini dengan tabah. Alhamdulillah, berkat usaha tanpa sia-sia, Allah swt permudahkan urusan mereka. Benar, Allah swt tidak pernah memungkiri janji, sesiapa yang berusaha keras dengan penuh iltizam, In shaa Allah, mereka akan beroleh hasilnya. 

Sekarang, SleeQ dah ada album. Yayyyy! #SleeQTheAlbum2014. Tapi, sampai sekarang susah nak dapat dekat Kelantan. Maybe lambat sikit. Takpe, tunggu..Tunggu dan terus tunggu. Hehe. Nah, ni dia albumnya. Album yang ditunggu-tunggu kini di pasaran. Mak cik, pak cik, adik-adik, akak-akak, abang-abang, meh dapatkan album original di pasaran. Also, boleh cari dekat itunes okay. Available jugak dekat spotify. Lagu best-best habaq maiii.. Tak dilupakan, CMT pun boleh download hokayy.. Done. Kalian? Cepat-cepatlah bertindak. 




My fav songs; of course SEMUA! Dah semuanya stailo, best untuk didengari. Lagu yang terngiang-ngiang dekat telinga, #TepiSikit & #1. Best yang teramat sangat. Infinitiiiiii...Hehe. Sampai my siblings pun semua dengar lagu tu and asyik repeat je all times. Memang tak puas dengar. Best! Rugi woo tak beli album ni, cepat-cepat cari ye. beli dan milikilah sekarang! Oh ya, berita baik buat aku, sebab my brother nak beli album ni sebagai hadiah STPM.. Imma d luckiest girl! Woooohuuuuu~ Tak mintak nak gadget mahal-mahal, cukup #SleeQTheAlbum2014, sebab karya mereka sangat mahal okay. Berbakat besar, nak cerita pasal handsome memang panjanglah entri kali ni. 


Buat SleeQ, 
Aku? Walaupun aku tidak pernah bertemu mata dengan kalian, aku akan terus menjadi penyokong kalian. Aku percaya, doa merupakan segala-galanya. Bukan kah doa itu senjata mukmin, walau jauh terasa dekat. Doa itu sesuatu yang indah apabila nama kalian sering ku titipkan dalam doa ku dan diangkat ke langit. Allahu rabbi. Indah bukan?  :) 
Kalian mempunyai bakat yang luar biasa, teruskan berkarya. Kehidupan sering kali disusuli dengan ujian, walau sukar untuk ditempuhi, yakinlah kalian masih mempunyai SleeQmovement yang akan sentiasa menjadi tulang belakang dan penyokong tegarmu. Moga kalian berjaya menggapai cita-cita. Doaku agar SleeQ terus berjaya mencipta nama di peringkat antarabangsa. Ya, moga kalian berjaya di dunia dan beroleh kebaikan di akhirat. Sayang sangat dekat korang... Harap sangat-sangat dapat jumpa satu hari nanti. Kalau sudah ditakdirkan tiada rezeki untuk bertemu, mungkin bukan di sini. Mungkin di 'sana'. In shaa Allah. Luv ya, bros! Luv SleeQ forever n everrrrr.. *fangirlingggggggggggg... 



Love lots, Amani. 






Pra Universiti 2012/2013

Form 6? NOOOOOOOOO! 

Tanggapan pertama bila TERpaksa sambung belajar dekat sekolah lama, sekolah sama, situasi dan keadaan persekitaran yang sama. TERpaksa. YES! TERpaksa. What? Kena pakai uniform sekolah...? Grrrrr. Tak pernah terlintas pun dalam benak fikiran untuk sambung belajar form 6. Or else, menjadi salah seorang pelajar Pra Universiti. Hmmm.. Sesuatu yang sangat sukar untuk ditelan. 

Percaya atau tidak, itulah yang dinamakan kehidupan. Kadang-kadang, apa yang kita tidak pernah impikan tercatat di Luth Mahfuz. Kita merancang, tetapi hanya Dia, Allah swt Yang Maha Mengetahui sebaik-baik perancang. Yakinlah dengan aturanNya. Positif. Jujur, sepanjang aku menjadi pelajar, tidak pernah terlintas di dalam fikiran untuk aku belajar form 6. Pelbagai macam versi cerita mengenai form 6 yang aku dengar sehinggakan ekspresi dan tanggapan aku terhadap pelajar form 6 sangat teruk. Hmmm, yang penting dulu aku meletakkan persepsi negatif tentang form 6 ni. Betul lah orang dulu-dulu kata, "tak kenal maka tak cinta". Tak kenal, maka tak tahu. 



Sambung belajar form 6 sesuatu yang sangat pahit untuk aku hadapi. Kenapa? Aku tidak pernah meletakkan matlamat untuk sambung form 6, yang aku tahu, dolu-dolu aku memang block terus dunia form 6 ni dengan harapan memang tak nak masuk form 6 langsung! Yeah! TAK NAK, TAK MAHU, TAK KAN. Fuhhh, perfecto. Tapi, siapa aku untuk menafikan hakikat yang telah diatur oleh Tuhan Yang Maha Satu. Aku harus menerima, akur dengan setiap aturanNya. Ya, sehinggakan aku hampir lupa tentang diriku sendiri saat aku menyedari yang aku sudah tidak mempunyai pilihan. Aku tewas. Tewas dengan emosi dan perasaan sendiri, sehinggakan sampai satu tahap aku merasakan yang selama ini aku belajar hanya sia-sia. Walaupun keputusan SPM aku tak lah teruk, masih boleh dibanggakan. Allahu Rabbi. Ampuni aku... Sedangkan menuntut ilmu adalah satu jihad. Menuntut ilmu kerana Allah swt. 

Namun, aku harus berpijak di atas bumi yang nyata. Aku harus membuka ruang untuk diriku sendiri. Entah mengapa, aku merasakan semangat yang berkobar-kobar entah datang dari mana. Haishh, nak cakap menangis dah kering air mata. Bayangkan sesuatu yang kita tak pernah expect akan berlaku, telah berlaku. Tapi aku tahu, Allah swt sedang menguji aku. Akur dengan ketentuanNya. Tapi, aku bersyukur, sebab form 6 sekarang dah tukar format bak hangg.. Sekarang dah ikut sem. STPM Sem1, Sem 2 dan Sem 3. At first, masih blur-blur sikit ape ke benda sem-sem ni, dah la tak de mood nak belajar, dah kena jadi first batch yang ditukar format. Hmmm... Tapi kira okey la, if pointer rendah, boleh repeat paper macam universiti, ye la Pra Universiti katakan. Tapi, nak repeat pun atas rezeki jugak, repeat bukan benda yang mudah. Harus banyak usaha, doa dan selebihnya tawakkal. Semuanya terpulang atas kehendak diri sendiri dan rezeki daripadaNya. Okey, enough pasal STPM ni. Back to our story, cewahhh...

Setelah menempuh hari-hari yang begitu sukar, akhirnya aku terpaksa melangkah masuk menjadi salah seorang pelajar Pra Universiti. Kali ni, semangat aku semakin memuncak, pesan pada hati agar diberi kekuatan menghadapi dugaanNya. Aku terus menanam azam yang andai aku melangkah masuk melalui pintu pagar sekolah ini, aku takkan berpaling ke belakang. Aku akan terus berjuang! Namun, aku masih diuji olehNya, aku mendapat tawaran untuk sambung belajar di UiTM dan UPSI, yes..Second intake, diploma. Fikir, fikir dan terus fikir sebab aku tak minat form 6. Like seriously, tak minat! Aku pun dah tawar hati, then ingat balik azam aku. Yes, aku tolak. Hari tu kemain menyombong tak bagi chance kat aku nak sambung belajar. Now, aku tolak mentah-mentah. 

Tapi, jujur.. Aku sangat-sangat bersyukur atas ujian yang diberikan. Sekarang, cukup jelas Allah swt huraikan hikmahnya kepada ku. Allahu Rabbi. Benar, kita mahukan sesuatu yang kita sangka baik untuk kita, tapi sebenarnya ada yang lebih baik untuk kita. Dia, Dia Yang Maha Mengetahui segala isi di langit dan di bumi, sedangkan kita pendosa tanpa noktah. Bukan soal form 6 yang hendak aku tekankan di sini, tapi UJIANNYA. Kalian percayalah, Allah swt tidak akan menguji hamba-hambaNya yang tidak mampu memikul ujian dan dugaanNya. Hanya hamba-hambaNya yang tabah yang mampu memikulnya. Ya, kalian benar-benar tabah. Bersyukurlah. Bersyukurlah kerana masih diuji, Allah swt masih sayangkan kalian. Tahniah dan syabas buat semua yang berjaya menangani dugaanNya. Kalian memang juara. Allahuakbar!!!

Pesan buat adik-adik bakal pelajar STPM, STPM tidaklah seteruk yang disangka. STPM tak susah, TAK! Percayalah SPM lagi susah. Andai diri pernah gagal diperingkat SPM, bangkitlah! Kalian masih mempunyai peluang yang terbentang luas di hadapan. Sering aku ingatkan kepada diriku sendiri, kita tidak pernah gagal, kita sememangnya juara sejak kita di dalam kandungan ibu. Cuma yang membezakannya adalah rezeki setiap insan. Tetapi, Allah swt Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, setiap hambaNya mempunyai rezeki yang berbeza-beza. Mungkin bukan sekarang, tapi rezeki tetap ada. Sekarang, aku mampu menarik nafas lega atas nikmatNya. Bukalah minda, hati dan mata kalian, berikan satu peluang untuk diri sendiri. Belajar menerima hakikat, kerana disetiap kepahitan pasti ada kemanisan. Ujian dan dugaan banyak mentarbiah diri kita agar memperbaiki akhlak dan sahsiah diri dalam menuju kehidupan akhirat. Jika ingin hidup bahagia di akhirat kelak, bangkitlah dari lenamu. Sesuatu yang berlaku menyimpan seribu satu hikmah. Percaya, yakin dengan Qada' dan Qadarnya. Hanya DIA yang Maha Mengetahui. Allahuakbar.

pssst: Mohon maaf andai terlebih bicara sehingga timbul perasaan membangga diri, namun hanya sekadar perkongsian diri tiada niat sebegitu. Yang baik dijadikan teladan, yang buruk...Nauzubillah, buang jauh-jauh. Salam saudara daripada hamba pendosa tanpa noktah.


First Story

Bismillahirahmanirrahim. 


Tak perlu kot nak introduce myself. Klise. Masih seorang bayi yang mula bertatih untuk menulis. Moga segala isi penulisan bakal diangkat menjadi saksi di akhirat kelak. Jujur, aku hanya pendamba kasih sayangNya. Kadang-kadang terasa diri begitu hina di mataNya. Allahurabbi, ampuni daku. 

SubhanaAllah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah... Masih diberi nikmat dan rahmat daripada Allah Azza wa jalla untuk terus bernafas menjadi seorang khalifah di muka bumiNya. Allahu, terasa diri begitu hina. Allah, ampuni daku. Kata orang, perjalanan masih jauh terutamanya bila diri berumur 20 tahun. Namun, entah bila akan tiba waktu menjemput ku. Ya Rabbi, sempatkan daku mengejar keredhaanMu sebelum Engkau Tuhan Yang Maha Agung menjemputku. Allah, sempatkan daku. 

Impian & Matlamat? Jujur, bagiku, aku belum tahu apa yang bakal berlaku masa depan. Hanya DIA Yang Maha Mengetahui. Sebagai hamba, aku harus terus berjalan walau langit tak sentiasa cerah, pelbagai cabaran dan rintangan di hadapan. Aku yakin, aku tidak keseorangan, aku punya keluarga, sahabat, tidak dinafikan aku punya Allah swt yang sentiasa memberiku ujian dan dugaan. Allah Ya Allah, aku bersyukur atas tiap ujianMu walau kadang kala aku kalah, tapi aku percaya setiap ujian disusuli dengan hikmahnya. Ujian kehidupan nyata lebih berat tapi aku percaya Allah hanya akan menguji HambaNya yang mampu, kuat untuk mengharungi ujian tersebut. Kamu, usah terlalu mengeluh dan menyoal mengapa Allah swt turunkan ujian yang begitu berat untukmu. Andai kalian tahu, kalian harus tetap bersyukur kerana setidak-tidaknya Allah swt masih menduga mu, tanda Allah swt masih menyayangimu, mendambakanMu agar terus memohon petunjuk daripadaNya. Allahuakbar! 

Moga kita semua bakal mendapat syafaat daripada nabi junjungan, Rasulullah saw kelak. Moga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan rahmat Tuhan Yang Esa. Teruskan melangkah walau langkahmu terkadang perlu menempuhi pelbagai ranjau onak dan duri. Yakin, Allah SWT Maha Mendengar. Pohonlah keampunan daripadaNya. In shaa Allah, kita bakal menjadi ahli Syurga kelak. Kerana sememangnya orang-orang yang beriman adalah "juara". 

pst: Allahu, mohon maaf andai kata terlebih memuji diri. Semuanya ikhlas datang dari hati. :')